Followers

Friday, November 28, 2008

impian..harapan...



"Gantunglah impian kita setinggi bintang di langit biru, Seandainya gugur sedikit tersangkut juga di awan....... Dan rendahkan hati kita serendah mutiara di dasar lautan,seandainya timbul sedikit tersangkut juga di batu-batuan"



Banyak impian yg aku nk capai dalam hidup ni...nak tau ape??? hurmm..biarlah jd rahsia hati aku je...kadang-kadang terfikir jugak.. adakah impian itu jadi kenyataan?? bila lihat kehidupan kakak & abang aku sekarang.. dieorang dah berjaya dalam hidup dieorang... masing-masing ada kehidupan sendiri.. kerjaya sendiri..keluarga sendiri... aku akan jadi macam dieorang ke??.entahla.... tapi orang kata usaha tu tangga kejayaan.. kalau tak usaha mana nak datang hasilnya betulkan?? insya'Allah ... JANA CHAIYOK!!..huhu..;p


Tapi dari segi lovelife aku ... hurmm..kurang bernasib baik.. entahlah...dengan pengalaman2 yg lepas..mmg aku boleh dikatakan kurang bernasib baik dalam hal ni..aku pun tak tau knp...sedangkan aku bukan jenis yg cerewet ..ermm..maybe tuhan nak uji aku..hurmm..entahlah..apa yg aku boleh buat..aku berserah pada-Nya.. bak kata orang jodoh pertemuan di tangan tuhan...kita boleh bercinta dengan sesiapa pun...tapi jodoh tu tuhan yang tentukan.. hurmm..tapi bagi aku..ia bukanlah jadi perkara no. 1 untuk aku utamakan..sbb yg paling penting..aku nk capai impian aku dulu....bantu keluarga..mak abah aku..adik2 aku..& yang paling penting aku nk balas jasa dieorang..


Mak..Abah..
Doakan jana berjaya..Mendapat segulung ijazah..
Mendapat kerja yang bagus2..yang dapat bahagiakan Mak Abah nanti..
Doa restumu amat bererti bg anakmu ini..


Kadang-kadang aku tak kuat..kadang-kadang aku rasa aku kalah dalam menempuh hidup ni...maklumlah..hidup di perantauan ..jauh dari keluarga.tapi...Mak & Abahlah sumber inspirasiku...Mak & Abahlah
penguat semangat ku sekarang...


Ayuh jana..
jangan sesekali mengalah dalam hidup ni..
sebab takde yg mudah dalam hidup ni..


ketahuilah...bahawa setelah kesulitan pasti akan datang kemudahan
dan kelapangan pasti akan datang setelah adanya kesulitan..
kehidupan sesorang itu pasti tak akan tetap..
dgn hari-hari yg sentiasa berputar
Redhalah dengan takdir yg telah ditentukan
dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati yang terbuka..
Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya...






4 comment:

Anonymous said...

semoga b'jaya siti zanariah !! inshaallah anda mencapai ape yg anda impikan. tak perlu membanding dgn ahli keluarga kamu. jana tetap jana.

Misz JAnA said...

mekasih sofi..
atas komen dari anda..
=)

Leenoh said...

Telah kulawati blog anda. Terima kasih.
Wassalam.

Misz JAnA said...

terima kasih encik leenoh..
saya pon sudh melwat blog anda..=)

Related Posts with Thumbnails

MY BIRTHDAY

Lilypie Kids Birthday tickers