Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah
kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula
ke dalam air begitu saja, kerana
ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman
mata kailmu itu dan mungkin ia
akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga, setelah kamu memberi HARAPAN
kepada seseorang,
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah
kamu MENJAGA hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu
saja, kerana dia akan TERLUKA
oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK
dapat MELUPAKAN segalanya selagi
dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia
begitu teguh,
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu
menambahnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk
menerimanya, akhirnya kamu KECEWA dan
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS
hingga keakhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang
kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu masih cuba mencari makanan
yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
seorang insan, yang pasti membawa
KEBAIKAN kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu masih cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia
menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL.
"Wanita itu dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki…
bukan dekat
kepala untuk dijunjung, bukan juga dekat kaki
untuk dijadikan alas, tapi
dekat dilengan untuk DILINDUNGI dan dekat dihati
untuk DISAYANGI"
Ady Water Jual Karbon Aktif di Bandung
9 hours ago
2 comment:
nice blog...thanks 4 being my follower..
ur are welcome putra..;))
Post a Comment