Followers

Sunday, February 08, 2009

Cinta yg Indah


Yg selalu terjadi…
CINTA : Sebelum Kahwin
C = Cubit kiri, kanan rasa
I = Impian indah ibarat syurga.
N = Nikah impian utama.
T  = Taat setia me
mbawa bahagia.
A = Awal dan akhir bersama-sama

CINTA : Selepas Kahwin
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : Sebelum Kahwin
K = Kongsi semua suka duka.
A = Abang adik, ayang anja.
S = Sumpah janji di bibir sentiasa.
I = Istana bahagia dah dicipta.
H = Hatiku hatimu jua.

KASIH : Selepas Kahwin
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa???
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG : Sebelum Kahwin
S = Sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = Asal free mesti nak jumpa.
Y = You lap me, I lap you!
A = Apa saja sanggup diduga.
N = Nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = Gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

SAYANG : Selepas Kahwin
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : Sebelum Kahwin
H = Hanya dikau yang daku cinta.
A = Air paip pun manis macam gula.
T  = Tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = Igauan indah tak terkira.

HATI : Selepas Kahwin
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

 

 tetapi yg seharusnya ialah...
 C = Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
 I = Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
 N = Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
 T  = Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
 A = Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

 K = Kasih berputik dikala pertunangan diikat
 A = Akad dilafaz cinta berbunga
 S = Suami disanjung-tinggi
 I = Isteri disayangi
 H = Harumlah kasih sepanjang zaman

 S = Sayangkan Isteri kasihkan suami
 A = Ada masalah, dibincangkan bersama
 Y = Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
 A = Amalkan hidup bertoleransi
 N = Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
 G = Gaduh sesekali tu perkara biasa

 H = Hati suami mesti dijaga
 A =Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
 T  = Tanggung-jawab dipikul bersama
 I = Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

DIALOG RINGKAS: 
Ani : Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?
Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti
Aku Cinta Padamu
Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?
Ena : itu melambangkan
Suasana Pilu

Ani : Kalau kertasnya berwarna
Merah?
Ena :
Asmara Yang Membara
Ani : Kalau kertasnya warna Putih?
Ena:
Suci, Bersih dan Jujur 

Ani : Kalau kertasnya
Kuning?
Ena :
Melambangkan Hati Yang Gersang
 
Ani : Kalau Merah Jambu?
Ena :
Sedang Jatuh Cinta
 

Ani : Kalau kelabu?
Ena : Melambangkan
Hati Yang Sedang sedih
 

Ani : Kalau kertasnya Hitam?
Ena : Itu namanya kertas karbon..
bodoh!  
Hehehehehehe....sendiri mau ingat ler!!!
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna ada HATI kalau tak tau MENILAI......
Wallahu'alam

2 comment:

AmirFX said...

Wasehhh.... Dugaan memang banyak.... Kena byk bersabar dan tawakkal...

miss jana chibi said...

btul tu incik amir

Related Posts with Thumbnails

MY BIRTHDAY

Lilypie Kids Birthday tickers