Andai
lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak
semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai
lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan
bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah
menyintai lelaki itu.
Andai
lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andain
lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan
bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda
lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih
mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia
terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan
yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup
dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar
maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu
melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun
sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,
percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk
menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar
dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena
caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa
sesaat.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak
bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda
semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk
mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi
anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai
lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan
perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan
saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah
indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa
menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
P/s: Sebenarnya entri ni khas buat 'awak' .. kalau awak baca..harap-harap 'awak' faham..