Followers

Saturday, July 23, 2011

Tiada Jodoh Bukan Kehendak Kita


Bismillahirrahmanirrahim.....
Artikel ini dipetik dari blog rakan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.
Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.
Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “
Seorang teman pernah berpesan..
“Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..” ”
“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”
Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah, amin…
Wallahualam.....


P/s : Suka baca Artikel nie...  :)

Sunday, July 10, 2011

Kawan ke??? (tak tau nk wat tajuk ape sebenarnye hehe)

Hai....selamat hari ahad..huhu.tak suke hari ahad sbb esok esok da keje...kan best kalau hari nie hari jumaat..kekke =P mengarut pulak kan..huhuh

Sebenarnya tak tau nk buat ape...cuma..entahla, kalau diluah depan orang tu kang menimbulkan konflik pulak...kalu tak di luah..diri sendiri pulak yang rasa makan ati...

Citer nie tak de kene mengena dengan boifren ke cintan2 nie..tapi pasal kawan...aku berani cerita ni pon coz die konfem tak tau sal blog aku nie...huhuhu

Berkawan dah lama....since masuk kt U lg...dah 5 tahun pun...tapi..entah..kadang2 aku tak faham ngan sikap die...nape mesti ada rasa tak puas hati kalu berkawan?? kenapa mesti dia suka brfikiran negatif sgt...entah la..kdg2 mmg aku tak suka cara die suka cerita sal keburukan org..serius...tak suka...& yang paling aku tak suka bila dia suka cakap tak puas hati dengan org tu la org ni la..dan orang yg dia cerita tu kadang2 pun antara kawan baik kami jgk..

Tapi..even aku tak suka pun mcam mana pn dengan perangai dia ni...dah nama kawan kan...dengar jela demi jaga hati kawan kan..kadang-kdang aku fikir betul ke dia anggap aku nie kawan baik dia???? entah la..time dia nak cakap dengan aku baru dia cakap..kalu tak die ignore je aku je...macam la aku tak wujud  kat rumah nie...nasib baik la ade lappy yang menemani aku..huhuhu...lebih2 lg kalu tggal aku berdua dengan dia...alahai..sadis rase..terasa sunyi walaupn de die kat umah ni....tak pelah nk wat camne kan...sape la aku..huhuhuu  *maap ter emo pulak* huhuhu

Entah la..cara yg terbaik sebenarnya baik tak payah duduk serumah dengan dia...tu cara yg lagi bagus kot...dengan cara tu tak de la jadi bnde2 cmni...haii....susah kan nk jaga hati orang nie...hati kita sapa nk jaga pulak???huhu jaga je la hati diri sendiri kan..hahaha...


Hidup nie tak boleh ikut kawan sgt..kadang-kadang kne berdikari jugak...kalu dah mati pun kubur pun sendiri- sendiri kan????hehhehe


ok la...dah rasa ok sikit bile dah dapat meluahkan kat sini...lega sikit hati nie..heheh.. #okbabai ..wsalam..:)

Related Posts with Thumbnails

MY BIRTHDAY

Lilypie Kids Birthday tickers