Alhamdulillah...penantian aku hari ini membuahkan hasil. Akhirnya aku mendapat kerja di sebuah hospital swasta iaiu di Sri Kota Specialist Medical Center, Klang. Walaupun jawatan yang aku bakal sandang nanti tidaklah setaraf dengan degree yang aku dapat masa belajar dulu, tapi aku tetap rasa bersyukur sangat. Daripada kerja ini aku akan bina tapak untuk meluaskan lagi kerjaya aku untuk masa depan nanti dan pengalaman yang akan aku dapat nanti sebagai pembina semangat aku untuk lebih berjaya lagi suatu hari nanti
Alhamdulillah syukur juga, sepanjang sedih, buntu,kecewa dan hampir-hampir putus harapan si Dia dan keluarganya banyak membantuku. Si Dia banyak memberikan ku kata-kata semangat, dorongan dan macam macam lagi, dari menghantar, menemankan, sampai sanggup ambil MC atau kerja separuh hari semata-mata untuk menghantar dan menemankan aku semasa aku dapat temuduga-temuduga kerja.
Sayang..i i love you so much. Insya'Allah, semoga impian kita nanti akan jadi kenyataan.
2 comment:
tahniah...
Tahniah Jana..
Post a Comment