Followers

Sunday, March 28, 2010

Aku hepi bila tengok Org lain hepi :)

Semenjak akhir- akhir ini, satu persatu teman-temanku dan orang-orang yang aku kenal melangkah ke alam perkahwinan dan mengikat tali pertunangan. Kawan-kawan masa sekolah menengah, sue, shikin, mai, kawan-kawan masa pra-U..iaitu masa form 6 hasanah, emmi, dan kawan semasa di universiti malaya iaitu nur fadia yang melangsungkan perkahwinannya pada 13 mac lepas. Kawan-kawan yang sudah mengikat tali pertunangan pulak anim,azhar, faizah dan yang terakhir kawan sekampungku Nur Syazni yang mengikat tali pertunangan pada 14 hb mac lalu , tak lupa juga kepada kawan baikku semasa di universiti Salina yang bakal menamatkan zaman bujangnya mungkin akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.


Ermm..entahla aku rasa happy je bila tengok kawan-kawan aku happy, tamatkan zaman bujang diaorag, melangkah ke alam perkahwinan, pastu ada anak-anak sendiri nanti.:)  Tapi,aku tak nafikan jauh dalam hati aku, terbit jugak rasa sayu yang aku sendiri susah nak luahkan dengan kata-kata. Cemburu jugak bila tengok kawan-kawan bahagia. Masa untuk aku bahagia macam diaorang, tak taulah bila. Maybe tak kahwin kot sampai bila-bila..huhuhuhu.. Tak baik aku mengeluh macam tu kan.?? Sabar.... maybe jodoh aku belum sampai lagi...macam yang selalu kawan aku nasihat kat aku.huhuhu..Tapi yelah..bila aku kaji balik lovelife aku..ermm..banyak kisah duka kot berbanding kisah yang gembira..huhuhu Entahlah, maybe sebab banyak kali dikecewakan kot sebab tu aku berfikiran camni. :(


"Jana..be positive okey..engkau tu muda lagi, baru 24 tahun kan?? banyak masa lagi" seringkali hati aku berkata-kata sendiri. Yelah sekadar untuk menyedapkan hati sendiri. Sedangkan jauh dalam lubuk hati aku ni, terdapat luka yang amat parah..kesedihan yang sukar digambarkan dengan kata-kata yang susah untuk orang lain faham dan mengerti perasaan aku sekarang. Selalu aku menangis sendiri bila mengenangkan nasib diri ini. Tapi tak guna mengenangkan benda yang dah lepas. Yang lepas biarla lepas..biarla berlalu macam tu je..tapi kenangan tu bagi aku masih segar dalam ingatan. Andaila masa tu dapat di undur.....:'( yeap..aku sedih..aku ssangat-sangat sedih!!. Aku takde tempat mengadu..kalau aku mengadu pun, aku percaya, takde sapa yang faham.Sebab dieog tak merasainya apa yg aku alami sekarang.....:'(  Hanya di blog ni aje tempat aku mencurahkan perasaan  (walaupun tidak sepenuhnya) Maaf..aku terlalu emo malam ni..:'(


Tapi takpe, walau apa pun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Hidup kalau takde cabaran, takde dugaan..bukan la hidup namanya kan??:) Ye..maybe aku selalu emo n sensitif sket..tapi apa yang aku tau tentang diri aku, aku bukan jenis yang cepat give up, cepat putus asa..Semangat jana..semangat!!! ye..semangat jelah yang buat aku  hidup sampai sekarang....Jana Chaiyokk!! :) Pengajaran buat aku hari ini..jodoh tu terletakditangan tuhan. Bila sampai jodoh tu adalah nanti. Cepat atau lambat je jodoh tu sampai kan? :) Lagipun, banyak lagi impian hidup aku yang aku belum capai..Insya'Allah..semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan hidup aku ni, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..Amiinnn....:)



                                                            " Life is short..make it sweet  "

1 comment:

Anonymous said...

And something similar is?

Related Posts with Thumbnails

MY BIRTHDAY

Lilypie Kids Birthday tickers